{85}
AL-BURUJ (benteng-benteng) 1~22.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Perhatikan
lah langit yang mempunyai benteng-benteng.
2. Dan
(perhatikanlah) hari yang dijanjikan.
3. Dan
(perhatikan lah) yang menyaksikan dan yang disaksikan.
4.
Celakalah orang-orang (yang membikin) parit.
5. (Dari)
api yang bernyala-nyala.
6. Ketika
mereka duduk difikiran nya.
7. Dan
mereka jadi saksi atas perbualan mereka (sendiri) kepada orang-orang mukmin.
8. Pada
hal mereka tidak menyeksa (yang mukmin) itu melainkan lantaran mereka itu
beriman kepada Allah, yang gagah, yang terpuji.
9. Yang
mempunyai kerajaan dilangit-langit dan bumi, dan Allah itu penyaksi atas
tiap-tiap suatu.
10.
Sesungguhnya orang-orang yang menyusahkan
mukmin dan mukminat, kemudian mereka tidak bertaubat, maka adalah bagi
mereka azab jahanam, dan adalah bagi mereka azab bakaran.
11.
Sesungguhnya orang-orang yang beiman dan mengerjakan amal-amal soleh, akan
mendapat syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, yang demikian itulah
kemenangan yang besar.
12.
Sesungguhnya balasan Tuhan mu itu sangat (pedih).
13. Sesungguhnya
ialah yang memulakan dan (akan) mengambalikan.
14. Dan
ialah Pengampun, Panyayang.
15. Yang
mempunyai aras, yang terpuji.
16. Yang
sangat berkuasa membuat apa yang ia kehendaki.
17.
Sudahkah datang kepada mu khabar tentera-tentera.
18. Firaun
dan Samud ?
19.
Tetapi orang-orang kafir itu tetap mendustakan.
20. Pada
hal Allah mengepung dari balakang mereka.
21.
Bahkan ia itu Quran yang mulia
22. Yang
(tersimpan) dalam Lauhul Mahfuzh.